News Update :
Home » » Usaha Menjadi Pelajar Cemerlang

Usaha Menjadi Pelajar Cemerlang

Penulis : Cikgu Kini on Monday, May 11, 2015 | 6:48 AM

Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.



   Setiap pelajar ingin berjaya dalam pelajaran. Tanyalah pada sesiapa sahaja, mereka pasti inginkan keputusan yang cemerlang. Namun demikian, usaha-usaha yang proaktif perlu dilakukan untuk menjadi pelajar cemerlang.

   Usaha paling efektif adalah dengan mengulang kaji pelajaran. Langkah ini perlu dilakukan sepanjang masa untuk mengelakkan kita lupa akan pengajaran yang telah disampaikan oleh guru.
   
   Seterusnya, pelajar cemerlang perlulah membuat jadual belajar. Bukan setakat itu sahaja, mereka perlu patuh akan jadual yang dibuat itu dan bukan sekadar melepaskan batok di tangga sahaja.

   Kita juga boleh belajar secara berkumpulan. Kumpulan yang dibentuk perlulah mempunyai bilangan antara dua hingga tiga orang untuk berbincang serta bertukar-tukar pandangan.

   Izharnya, ada berbagai-bagai langkah yang boleh kita ambil untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Semuanya terletak atas kemahuan sendiri bak peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

(126 patah perkataan)
Share this article :

Post a Comment

 
Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Advertise with Us | Site map
Copyright © 2011. Koleksi Karangan . All Rights Reserved.
Design Template by panjz-online | Support by creating website | Powered by Blogger