
Manfaat paling utama dalam memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ialah dapat menarik lebih ramai pelancong untuk melancong ke negara kita. Bangunan-bangunan bersejarah yang dipelihara dengan baik dengan membaik pulih struktur-struktur yang rosak mampu mengekalkan keaslian bangunan berkenaan. Pelancong yang datang pastinya tertarik akan keaslian binaan yang terdapat pada bangunan berkenaan. Lihat sahaja Bangunan Sultan Abdul Samad yang telah dibina pada tahun 1893 masih lagi berdiri kukuh menjadi tumpuan utama pelancong di Kuala Lumpur.

Di samping itu, dengan memelihara dan memulihara bangunan bersejarah ini juga dapat menjadi sumber maklumat sejarah kepada para pelajar mahupun para pengkaji sejarah. Tidak kenal maka tidak cinta, begitulah peribahasa yang dapat menggambarkan perasaan kita terhadap sesuatu sumber sejarah. Degan melawat tempat-tempat bersejarah seperti Kota A'Famosa boleh menimbulkan minat terhadap pelajaran sejarah. Monumen berkenaaan juga mampu menjadi sumber maklumat kepada para pengkaji sejarah untuk mendapatkan maklumat dengan lebih khusus lagi terutamanya tentang kedatagan Portugis ke Melaka.

Sebagai kesimpulan, ada banyak manfaat yang dapat diperoleh dengan memulihara dan memelihara bangunan bersejarah di negara kita. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan, swasta mahupun individu haruslah berganding bahu bagai aur dengan tebing bagi mempromosikan lagi nama Malaysia ke persada dunia. Bangunan-bangunan bersejarah yang dijaga dengan baik tidak mustahil dapat menarik lebih banyak pengunjung untuk datang ke Malaysia seterusnya menjana pendapatan dalam kalangan masyarakat setempat dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara.
+ comments + 6 comments
Terbaik lah karangan yang disubmit ni.
Thumbs up
Nice
nice
sangat ringkas tapi relevan 👍
Lekkkssss
Sangat Bantu
Post a Comment